Wednesday, November 26, 2008

6th EntRy : Serabut..

Slm..

Serabut.. otak ak mmg agk serabut skg ni.. xtau npe.. nak post blog pon xde mood.. tp d ats p'mintaan.. t'paksa la jgk.. org kata:"tulis je drpd bia t'sadai je.." so, t'paksa la gak.. haha

Act, sem 2 ak kli ni mmg agk janggal klu nak dbndingkn dgn sem lps.. lecturer pon dpt yg kejam. keje dia nak tolak mrkh je.. 2nd klas je da kne -4 marks drpd carry mark sbb hp macha b'bunyi.. pe cer?! (bkn nak kutuk tp itu realiti..) hm.. tp ak x ksah sgt la.. wt skit kpale je memikirknnye.. mgkn ada hikmah d sblik insiden yg t'jd.. 2 je kot stkt ni.. klu ada mase nt ak post lg la..

Slm.

Munzir@a5-01-01c,uniten,putrajaya

Thursday, November 6, 2008

5th EntRy : Pilihn..

Slm..

Kisah ni d ambil dr blog member lme ak (da la ak men cilok je..klu dia bce ni mati ak.. huhu) hrp2ny spe2 yg bce, bia bce smpai abis la..haha. pnjg gak cternye.. papaehl jgn tgk pd kepnjgan cternye.. liht la pd intipati yg igin d smpaikn.. slmt m' baca :)

Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”Mak jawab, “dua-dua bukan..”
Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.
“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam. “Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”
Saya memintas, “Tak faham..”
Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa besar kakak ada gak secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”
“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”

Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya..

Hayatilah, selamilah, dan fahamilah.. Ya Allah, di saat air mata berguguran, kurniakanlah rasa cinta di dalam hati ini..

Slm

Munzir@itms,uniten,putrajaya

Tuesday, November 4, 2008

4th EntRy : First day at Uniten

Slm..

Act, ari ni ari ke-2 ak kt Uniten.. bleh kot ak ltak tjuk ni.. ak nak citer skit la ttg pengalmn yg m'banggakn dan juga m'dukacitakn psl smlm..

M'banggakn..
smlm ak ponteng klas calculus.. pe nak dbanggakn? haha.. act,ms 2 ak,icad,naqib,ali,fiq,maria n aju(abg maria) g la men bowling kt metropoint.. d cni la b'mulanye detik2 indah spnjg ak b'kecimpung dlm sukan bowling.. haha.. ak pecahkn rekod icad yg slma lbh kurg smiggu dbangga2kn.. sory.. bkn nak riak (act ada la skit..haha). ak dpt 184 marks!! hahahaha.. glak bsar ak lwn icad.. icad:"wei!ak dpt score tggi gak!182!" tp adakh melepasi point 184?? haha.. fikir2kn la.. sory icad.. ak bkn nak malukn ko dpn maria.. haha..papehl pon tima kasih la sbb m'beri ak pluang m'cipta sejarh.. haha (kerek gler ayt) tp ali t'kedu la tgk icad memecahkn rekod dia sblm ni.. haha. mmg game yg menarik smlm.. x sgka btol ak.. hrp bleh improve lg..(bleh lwn abah lak lps ni..haha)
ni bkn p'kara yg m'banggakn la.. (mengamuk icad nt) smlm kre 1st time ak nmpk maria dpn2 la.. (serius..dr blkg ak nmpk cm maktam doh..siot tol) p'watakn yg baik.. bleh b'gaul dgn org len.. pakaian tutup aurat.. tp nak kata perfect dr sgla sudut.. blom lg kot.. k. 2 je komen psl maria.. haha. anyway, ak nachtkn bia b'pada2 la bla da b'ada dlm alam p'cintaan(?!) dr segi tgkh laku, p'gauln n len2 lg.. bkn utk mmber ak ni je.. tp utk diri ak gak yg mgkn akn menempuh situasi yg sama.. (mula la nak b'ceramah agama..haha)

M'dukacitakn..
plik btol ak tgk situasi kt Uniten smlm.. mkin rmai lak ak tgk muka2 pak guard ni..(pdhal diorg x wt keje sblm ni!) ada yg wt rondaan.. jaga gate.. tp yg ak x puas ati kt pntu msuk kompleks amanah.. cm babun.. byk gler ak tgk kete parking kt tepi jln.. da la jln agk sempit.. mmg siot btol la.. tp bla ak smpai kt dpn pntu msuk 2, ak bru tau pak guard 2 tgh wt road block sbb nak cek stiker.wth?! kete ak xde stiker gak. nak wt cmne ni?! thn, t'pkse la ak park kt mph(dwn sarjana) sbb tkut kne saman.. haha.. tp mmg siot gler la. sjak bler U ni da jd smkn bengong?! pdhal parking b'lambak lg. huh. mmg x puas ati ni. t'paksa la ak pinjm stiker tpu mmber ak utk lps msuk ke dlm. nasib baik lps.. lega ak.. da la. ckp lme2 wt pnat je.. lg skit ati ada gak..

Slm..

Munzir@a5-01-01c,uniten,putrajaya

Sunday, November 2, 2008

3rd EntRy : Pe yg ada dgn cuti sem??

Slm..

Huhu.. rjin plak ak blogging kli ni.. mgkn pyh nak dpt pluang cmni kot.. haha.
hm.. skg cuti sem da abis.. sok da stat blaja.. hrp2 sem bru bleh score.. azam pon plu dp'baharui (suka ko azm! haha)

Nak ckp psl tajuk blog plak..
pe ada dgn cuti sem??
Byk snanye nak diceritakn.. open house.. cter psl mmber.. k la. first skali p'kara yg ak banggakn ari 2 ak dpt highest score spnjg ak b'gelumang dgn bowling ni (sblm 2 ada gak tp ak x ingt la. so ak assume ni plg tggi la). ak dpt 175! mmg la ada sorg dua mamat ni yg lg tggi dr ak (spe yg trase xyah nak kmbg2kn hidung..haha) tp x se"consistent" ak la yg slalu dpt mrkh tggi dr diorg.. 2 bleh dkira nasib ke?? haha (nak mng gak 2! haha).

Pe ada dgn cuti sem??
ry org kita sbln en so pe lg aktiviti org bndr ms ry..open house je la.. b'sepah kt kwsn rumah ak.. tp ak x g sume la.. mls kot.. haha.. byk point nak smbg psl open house tp common sgt..hehe..

Pe ada dgn cuti sem??
ftsl.. ftsl?? npe dgn ftsl?? biase je.. haa.. meh cni.. mlm kelmarin ak pgi open house umah amir faisal n ms 2 ada la mmber2 dia.. ak dpt m'hidu ada p'kara yg janggal kt umah mmber ak ni.. k. nak jdkn cter ak dpt hidu kejanggaln 2 ms ak men ftsl.. ak x sgka aku men ftsl dgn BAPOK! nate beroknye amir.. cmne la bleh ada mmber cm 2.. da la ms men ftsl b'perfume plak 2.. gaya jln xyah ckp la.. cm xde tel**! pergh! lmah gler ak nak men.. tp klu rmbat 2 kdg2 kuat gak.. dia siap bleh ckp "eh.. ingt bapok x kuat ke?" wth? ali, icad, abam bntai glak je.. haha mmg xleh nak dlupakn la scene 2.. byk lg cter yg b'sangkutn psl bapok ni tp agk mls la.. haha (ak xnak jmpe ko da amir!)

Pe ada dgn cuti sem??
ksah mmber ak yg dlamun c***a (phm2 sdri la..) spnjg cuti ni asyik b'cerita ttg Maria je..hei.. byk btol cternye.. (ak xnak komen pnjg2.. mkn dlm nt pyh gak) papehal pon smoga hubungn 2 smpi ke mlm p'tama..ahak2..(jgn marah)

Pe ada dgn cuti sem??
byk melepak je.. mlm2 jd burung hntu.. siang2 t'bongkang lyn mata.. mmg 1 p'kara yg truk dan ak pon rse menyesal.. hm.. sok da stat klas.. nak 2lis pon da lenguh plak tgn ak ni.. yela.. smbil2 ym.. haha

Slm..

Munzir@ruang tamu,tmn tropika,kajang

2nd EntRy : Da lme rsenye...

Slm..

Da lme rsenye..
ak x usik blog ni.. ingtkn bleh la post smthg tp mgkn ksah2 sblm ni cm krg menarik kot.. skg ni bru trse ada pahit n manisnye kehidupn.. (sblm ni xde kehidupn kot.. haha) mgkn gak ak tgk mmber2 da stat blogging so bleh jd cm alsn utk ak m'isi kekosongn blog ni yg semmgnye kosong d wktu kosong..haha.. (pe ak mengarut ni?)

Da lme rsenye..
ak x join tricking.. bru2 ni ak da stat join icad n da gang tricking.. diorg mmg da kre agk pro la dlm bab2 menericking ni.. lg pon ak byk kuar msuk tmpt2 pengajian yg jauh2.. 2 gak bleh djadikn alsn utk ak stat blik pe yg ak tgglkn sekian lme.. haha..

Da lme rsenye..
ak blaja kt uniten..(pdhal bru 4 bln) ak pon xtau pe yg msuk dlm kpale hotak ni ms ak blaja kt sne.. byk memain.. lyn movie.. cs.. donlod pe yg ak suke.. lepak.. n cm2 lg la.. tp sume yg ak wt melalaikn.. study tunggang-langgang n skg ble ak tau result 1sem yg agk truk, bru ak sdar.. biase la manusia.. (ha..skg mule la nak slhkn diri sdri..haha) pape pon msih blom t'lmbt utk ak b'ubah (nak sdapkn ati snanye..hehe)

Da lme rsenye..
ak menunggu.. tp bleh ke ak trus menunggu? hrpnye ak akn dpt trus menunggu..
so, pe yg ak tggu? haha

Slm..

Munzir@ruang tamu, tmn tropika, kajang