Thursday, November 26, 2009

24th: Apakah?

Assalamualaikum..

Apa yang telah terjadi dalam hidupku ini?

Mungkin apa yang tidak terbayang oleh akal aku sendiri pun telah aku lalui..

Pelbagai cara manusia mengekpresikan diri masing-masing tidak kira suka atau duka baru kini aku sedari..

Ada sebahagiannya menggunakan pelbagai penggunaan kata bagi menyatakan sesuatu sama ada ianya tersirat, berhemah atau pun terus terang.. namun pernahkah aku ketahui maksudnya..

Segelintir manusia tidak mengendahkan apa yang pada pada perasaan orang lain dan ada juga yang terlalu asyik dengan urusan nak jaga hati orang lain sedangkan dirinya terseksa.. dimanakah aku ini...

Perasaan memang tidak boleh diduga.. dikala ianya berubah hanya diri sendiri sahaja yang mengetahuinya..

Apa yang telah terjadi dalam hidupku ini?

Sesungguhnya diri ini bukanlah insan yang sempurna.. masih banyak cacat cela yang perlu diperbaiki..

Jazakallah..

Munzir@ruang tamu,taman tropika,kajang