Wednesday, March 6, 2019

31st EntRy: perubahan

Assalaamualaikum

Sembilan tahun.

Bujang, berumah tangga, dan kini anak dua (Alhamdulillah atas kurniaanMu). Beristerikan Ayuni Nabilah Binti Alias. Dua orang puteri, Ailee Binti Munzir dan Aysha Binti Munzir. Cukup sifat dan sihat dengan hendakNya.

Tetiba teringat pasal blog. Menjengah entry yang lalu terasa berlainan corak pemikiran dengan kini.



Idea?

Tiada. Aku lost. Semoga diberi ilham kelak. Mudah-mudahan



Munzir@bilik study,taman villa tropika, kajang


Friday, October 22, 2010

30th EntRy: maafkan diri ini

Assalamualaikum

Saya ingin meminta maaf kepada pembaca-pembaca/rakan-rakan/teman yang dikenali ataupun tidak dikenali di atas kesalahan yang dilakukan oleh saya sendiri secara sedar ataupun tidak.

 

Maaf kerana telah lama tidak mengisi blog ini dengan perubahan yang diperkatakan. akan datang, insyaallah.jika diberi kudrat untuk terus berkarya.

Jazakumullah

Munzir@ruang tamu,seksyen 8,bandar baru bangi

Thursday, July 1, 2010

29th EntRy: di kala waktu senja



gear: nikon d60
lens: 18mm-55mm
venue: home

Munzir@ruang tamu,taman tropika,kajang

Thursday, June 24, 2010

28th EntRy: Saya bodak baru belajar :p

Assalamuaalaikum,

blog ini bakal b'tukar corak..enjoy~


kampung sg merab
pantai port dickson
layang-layang

Munzir@ruang tamu,taman tropika,kajang

Thursday, April 8, 2010

27th EntRy: Teruk

Assalamualaikum..

perkataan hina sudah semadi dalam diri..

hanyut dibawa oleh gelora dunia..

apa gunanya penyesalan tanpa adanya usaha..

dunia bukanlah syurga tetapi sebuah penjara..

bagi mereka yang mencari redha Illahi..

Jazakallah

Munzir@ruang tamu,taman tropika,kajang

Friday, March 5, 2010

26th EntRy: Selamat Hari Lahir Atuk~

Assalamualaikum..

Atuk/Nenek/Grandma ku yang comel,

~Selamat menyambut hari lahir yang ke-61~

Terima kasih kepada maktam di atas perkhabaran ini dalam blog beliau..

p/s: beliau memang comel.. tidak percaya? tengok nanti-nanti la..hehe

Jazakallah..

Munzir@ruang tamu,seksyen 8,bandar baru bangi


Monday, February 22, 2010

25th EntRy: Teguran

Assalamualaikum..

Berat rasanya tangan ini hendak menaip. banyak sudah peristiwa suka duka yang berlaku dalam hidup ini. aku tidak ketahui adakah perlu untuk ceritakan kesemuanya.

Namun, apa yang aku rasa tiada perlu semua tindak-tanduk kita perlu diceritakan pada orang lain. ada kemungkinan apa yang kita luahkan menimbulkan syak wasangka pada diri sendiri atau pun orang lain. pada kita, di sini ruangan yang membolehkan kita menyampaikan rasa ketidakpuasan hati kepada orang lain.mungkin juga kita merasakan dengan adanya laman ini boleh kita ceritakan semuanya perihal peribadi kita.

Tiada sesiapa yang akan halang kita untuk berbuat demikian. kita bebas untuk berkata apa-apa. akan tetapi, bagaimana pula perasaan dan hati orang yang kita tujukan secara terang-terangan? jikalau ada sesiapa yang mengenali beliau pasti ianya mendatangkan aib kepada sipulan itu. berhikmahlah dalam teguran. pelbagai cara lagi boleh kita lakukan bagi mencapai hasrat itu. tegurlah dengan hikmah.

Aku hanyalah insan lemah. tiada daya merubah diri. tiada kesalahan yang diletakkan pada takdir. semuanya adalah daripada hati seorang hamba yang hina.

Jazakallah..

Munzir@ruang tamu,taman tropika,kajang