Monday, February 22, 2010

25th EntRy: Teguran

Assalamualaikum..

Berat rasanya tangan ini hendak menaip. banyak sudah peristiwa suka duka yang berlaku dalam hidup ini. aku tidak ketahui adakah perlu untuk ceritakan kesemuanya.

Namun, apa yang aku rasa tiada perlu semua tindak-tanduk kita perlu diceritakan pada orang lain. ada kemungkinan apa yang kita luahkan menimbulkan syak wasangka pada diri sendiri atau pun orang lain. pada kita, di sini ruangan yang membolehkan kita menyampaikan rasa ketidakpuasan hati kepada orang lain.mungkin juga kita merasakan dengan adanya laman ini boleh kita ceritakan semuanya perihal peribadi kita.

Tiada sesiapa yang akan halang kita untuk berbuat demikian. kita bebas untuk berkata apa-apa. akan tetapi, bagaimana pula perasaan dan hati orang yang kita tujukan secara terang-terangan? jikalau ada sesiapa yang mengenali beliau pasti ianya mendatangkan aib kepada sipulan itu. berhikmahlah dalam teguran. pelbagai cara lagi boleh kita lakukan bagi mencapai hasrat itu. tegurlah dengan hikmah.

Aku hanyalah insan lemah. tiada daya merubah diri. tiada kesalahan yang diletakkan pada takdir. semuanya adalah daripada hati seorang hamba yang hina.

Jazakallah..

Munzir@ruang tamu,taman tropika,kajang

1 comment: