Tuesday, October 27, 2009

23rd EntRy: Wanita

Slm..

Aku tidak paham..

Alkisahnya ada seorang rakan telah mengenali seorang wanita dari laman sesawang yang dilihat melalui luaran pada mulanya agak jahil tentang agama kerana dengan memakai pakaian yang agak tidak sopan.. segalanya berlaku dalam tempoh masa yang begitu singkat.. permulaan perkenalan dengan ucapan "hi".. tidak sampai sejam sudah boleh berperangai seperti pasangan orang yang berkahwin.. situasinya anda sendirilah yang bayangkan.. benarlah bahawa syaitan dan nafsu itu amat sempurna sekali melakukan kerja-kerja menghancurkan keturunan Adam AS.. apabila dikenali dengan lebih lanjut sebenarnya wanita tersebut merupakan Qariah di sebuah institusi pengajian.. sungguh aku sendiri tidak paham..

Aku tidak mengerti..

Dunia ini tidak seindah yang disangka.. amat mengejutkan apabila mendapat khabar wanita yang aku kenal di institusi aku pada permulaan pengajian kini telah berbadan dua tanpa ikatan yang sah.. jikalau dilihat dari raut wajah kelihatan agak tenang.. namun bagaimana pula dengan orang tua dan saudara mara yang mengetahui perkara tersebut? adakah mereka mampu tenang? bagaimana dengan masa yang mendatang? bagaimana dengan anak yang dikandungkan? wanita.. janganlah kerana cinta dirimu sanggup dipergadaikan.. amat aku tidak mengerti..

Aku tidak kenali..

Wanita.. begitu murahkah harga dirimu.. ada seorang rakan yang dilihat agak tertekan dengan hidupnya.. adakah seorang lelaki perlu menanggungnya apabila dibelenggu dugaan daripada seorang wanita walaupun telah dicuba sedaya upaya untuk menghindarinya.. bermula dengan penyamaran dari si gadis pada dua tahun lepas.. walaupun rakan ini ingin mengelak pada mulanya kerana masih tidak paham dengan dunia namun dugaannya agak hebat.. si gadis tersebut tidak putus asa.. setelah sekian lama diganggu tanpa mengetahui identitinya akhirnya terbongkar jua.. rakanku pernah mengenali gadis tersebut.. beliau amat terkejut dengan perkara tersebut.. masakan gadis yang dikenali sebelumnya merupakan seorang yang pemalu dan agak pasif buat beliau begini.. setelah si lelaki tidak termakan dengan cara gadis ini melakukan secara individu, gadis tersebut mencuba pula dengan pujukan daripada rakan dan ahli keluarganya pula untuk menyampaikan betapa cintanya dia terhadap rakanku ini.. rakanku ini agak bingung dengan perkara yang terjadi padanya kerana dua tahun beliau terpaksa merempuh dugaan tersebut.. wanita.. adakah semua ini kerana cinta?

Wanita.. dirimu bukanlah untuk diperdagangkan atau dijadikan taruhan.. ketahuilah bahawa engkau adalah perhiasan yang indah di dunia ini.. engkau diciptakan bukanlah untuk diperlakukan sedemikian.. hormatnya manusia pada dikau bergantung pada bagaimana engkau hormat pada diri sendiri..

Allah ciptakan manusia dengan pasangan masing-masing.. boleh jadi orang yang kita tidak tahu dari mana dia datang akan hadir dalam hidup kita.. jodoh telah ditetapkan telah lama dahulu cuma kita sendiri tidak mengetahuinya siapa dan bila.. namun Rasulullah SAW telah memberi jalan pada kita untuk kita pilih antara kecantikan, harta, keturunan dan agama.. sesungguhnya indah sekali apa yang terkandung dalam agama diredhai Allah SWT dalam memelihara keturunan hamba-hambanya.. ketahuilah Islam itu mudah akan tetapi bukan utk dipermudahkan..

Jikalau ada perkara yang tidak disenangi dalam post kali ini, diri ini ingin mohan maaf kerana aku juga manusia berdosa yang tidak lari daripada lumrah duniawi..

Slm..

Munzir@bilik tidur,seksyen 8,bandar baru bangi

5 comments:

naim said...

bro..gempak.. :)

cahayalembut said...

bagus entry ini~
**** 4 stars :)

Munzir said...

Terima kasih daun keladi..
based on pengalaman..
moga perkongsian ini dapat dijadikan iktibar.. (^_^)

Ahmed MudzakKir said...

walaweyh! bangga uncle redza

e_azizan said...

artikel yg bagus.