Thursday, November 26, 2009

24th: Apakah?

Assalamualaikum..

Apa yang telah terjadi dalam hidupku ini?

Mungkin apa yang tidak terbayang oleh akal aku sendiri pun telah aku lalui..

Pelbagai cara manusia mengekpresikan diri masing-masing tidak kira suka atau duka baru kini aku sedari..

Ada sebahagiannya menggunakan pelbagai penggunaan kata bagi menyatakan sesuatu sama ada ianya tersirat, berhemah atau pun terus terang.. namun pernahkah aku ketahui maksudnya..

Segelintir manusia tidak mengendahkan apa yang pada pada perasaan orang lain dan ada juga yang terlalu asyik dengan urusan nak jaga hati orang lain sedangkan dirinya terseksa.. dimanakah aku ini...

Perasaan memang tidak boleh diduga.. dikala ianya berubah hanya diri sendiri sahaja yang mengetahuinya..

Apa yang telah terjadi dalam hidupku ini?

Sesungguhnya diri ini bukanlah insan yang sempurna.. masih banyak cacat cela yang perlu diperbaiki..

Jazakallah..

Munzir@ruang tamu,taman tropika,kajang

Tuesday, October 27, 2009

23rd EntRy: Wanita

Slm..

Aku tidak paham..

Alkisahnya ada seorang rakan telah mengenali seorang wanita dari laman sesawang yang dilihat melalui luaran pada mulanya agak jahil tentang agama kerana dengan memakai pakaian yang agak tidak sopan.. segalanya berlaku dalam tempoh masa yang begitu singkat.. permulaan perkenalan dengan ucapan "hi".. tidak sampai sejam sudah boleh berperangai seperti pasangan orang yang berkahwin.. situasinya anda sendirilah yang bayangkan.. benarlah bahawa syaitan dan nafsu itu amat sempurna sekali melakukan kerja-kerja menghancurkan keturunan Adam AS.. apabila dikenali dengan lebih lanjut sebenarnya wanita tersebut merupakan Qariah di sebuah institusi pengajian.. sungguh aku sendiri tidak paham..

Aku tidak mengerti..

Dunia ini tidak seindah yang disangka.. amat mengejutkan apabila mendapat khabar wanita yang aku kenal di institusi aku pada permulaan pengajian kini telah berbadan dua tanpa ikatan yang sah.. jikalau dilihat dari raut wajah kelihatan agak tenang.. namun bagaimana pula dengan orang tua dan saudara mara yang mengetahui perkara tersebut? adakah mereka mampu tenang? bagaimana dengan masa yang mendatang? bagaimana dengan anak yang dikandungkan? wanita.. janganlah kerana cinta dirimu sanggup dipergadaikan.. amat aku tidak mengerti..

Aku tidak kenali..

Wanita.. begitu murahkah harga dirimu.. ada seorang rakan yang dilihat agak tertekan dengan hidupnya.. adakah seorang lelaki perlu menanggungnya apabila dibelenggu dugaan daripada seorang wanita walaupun telah dicuba sedaya upaya untuk menghindarinya.. bermula dengan penyamaran dari si gadis pada dua tahun lepas.. walaupun rakan ini ingin mengelak pada mulanya kerana masih tidak paham dengan dunia namun dugaannya agak hebat.. si gadis tersebut tidak putus asa.. setelah sekian lama diganggu tanpa mengetahui identitinya akhirnya terbongkar jua.. rakanku pernah mengenali gadis tersebut.. beliau amat terkejut dengan perkara tersebut.. masakan gadis yang dikenali sebelumnya merupakan seorang yang pemalu dan agak pasif buat beliau begini.. setelah si lelaki tidak termakan dengan cara gadis ini melakukan secara individu, gadis tersebut mencuba pula dengan pujukan daripada rakan dan ahli keluarganya pula untuk menyampaikan betapa cintanya dia terhadap rakanku ini.. rakanku ini agak bingung dengan perkara yang terjadi padanya kerana dua tahun beliau terpaksa merempuh dugaan tersebut.. wanita.. adakah semua ini kerana cinta?

Wanita.. dirimu bukanlah untuk diperdagangkan atau dijadikan taruhan.. ketahuilah bahawa engkau adalah perhiasan yang indah di dunia ini.. engkau diciptakan bukanlah untuk diperlakukan sedemikian.. hormatnya manusia pada dikau bergantung pada bagaimana engkau hormat pada diri sendiri..

Allah ciptakan manusia dengan pasangan masing-masing.. boleh jadi orang yang kita tidak tahu dari mana dia datang akan hadir dalam hidup kita.. jodoh telah ditetapkan telah lama dahulu cuma kita sendiri tidak mengetahuinya siapa dan bila.. namun Rasulullah SAW telah memberi jalan pada kita untuk kita pilih antara kecantikan, harta, keturunan dan agama.. sesungguhnya indah sekali apa yang terkandung dalam agama diredhai Allah SWT dalam memelihara keturunan hamba-hambanya.. ketahuilah Islam itu mudah akan tetapi bukan utk dipermudahkan..

Jikalau ada perkara yang tidak disenangi dalam post kali ini, diri ini ingin mohan maaf kerana aku juga manusia berdosa yang tidak lari daripada lumrah duniawi..

Slm..

Munzir@bilik tidur,seksyen 8,bandar baru bangi

Wednesday, October 14, 2009

22nd EntRy: Tekanan

Slm..

Tertekan?

Kenapa rasa tertekan?

Patut ke persalahkan orang@perkara yang menyebabkan kita tertekan?

Bagaimana pula faktor lain yang menambahkan tekanan?

Sudah berusaha menghadapi tekanan dengan baik?

Adakah kita berhak untuk tertekan dengan apa yang kita lakukan?

Tekanan...

Semua orang merasainya... tekanan tidak seharuslah dipandang pada keburukannya sahaja..
Jika kita imbas zaman dahulu kala..
Bolehkah pejuang bangsa terdahulu memerdekakan negara jika bukan tekanan peperangan yang mereka rasai?
Bagaimana pula golongan pejuang minoriti islam di chechnya(btol ke ejaan ni?) boleh mempunyai kemahiran perang yang tinggi bagi melawan tentera rusia menceroboh tanah air tercinta yang mungkin 100x ganda kecil dari negara komunis itu?

Tekanan..

Aku masih belum bersedia sepenuhnya

Slm..

Munzir@a1-01-11a,uniten,putrajaya

Monday, October 5, 2009

21st EntRy: Belajar

Slm..

Aku masih belajar.. baru-baru ini memang aku telah belajar something yang mungkin memaksa aku berfikir dan bertindak dengan cara yang lebih matang..

Cita-cita

Abah:
"kawan along itu belajar kat mana?"
Along:
"owh, dia sekarang ni da kerja abah. boleh tahan juga gajinya"
Abah:
"eh, dia x mahu sambung belajar ke?"
Along:
"ntah. x minat kot"
Abah:
"hm, cuma nanti sudah tua baru menyesal nak study semula.. kalau ada peluang untuk belajar, belajar la selagi boleh.. abah pon x harapkan kerjaya yang tinggi dari along.. apa yang penting ilmu itu perlu dicari"

Nak dibandingkan ilmu dengan wang memang ada bezanya.. wang ringgit mempunyai naik turunnya.. kalau ada rezeki ada la.. ilmu pula? tidak akan berkurangan jika kita amalkan.. malah boleh dijadikan saham akhirat jua jika disampaikan..

Jujur

Adakah kita perlu jujur dalam setiap situasi? bagaimana pula kalau ianya bersangkutan dengan perasaan manusia?

Aku masih belajar.. sejujurnya aku ingin berterima kasih kepada my 'great+understanding' buddy kerana banyak membantu insan yang masih samar-samar dalam mengenali erti kehidupan.. seriously, you are not same as other people i know.. maybe it's gifted.. who knows..

Mata sudah layu menunjukkan mati kecil memanggil sayu-sayu..

Slm..

Munzir@ruang tamu,seksyen 8,bandar baru bangi

Sunday, October 4, 2009

20th EntRy: Moment

Slm..

Kisah hidup manusia semmgnya tidak lari dari kenangan (klu xde? cek diri anda.. btol ke anda insan b'nyawa.. :P).. tidak kira pahit atau manis.. itulah kehidupan..

Aku sedar tidak semua yg kita idamkan akan t'laksana.. kemungkinan apa yg kita plan bagai nak rak (btol ke ejaan bg sbutan ni? huhu..) tidak b'jalan seperti yg kita plankan (sure aku mamai.. haha).. kerana Allah SWT lebih arif akan setiap yg b'laku..

Hm.. aku pon xtau pe yg ak merepekkan tp apa yg dirasakan elok 2 amik la..

Slm..

Munzir@ruang tamu,taman tropika,kajang

Sunday, September 27, 2009

19th EntRy: Nothing

Slm..

Raya kali ini terasa begitu b'beza b'banding sblmnya.. walaupun kebanyakan orang mengatakan feel raya itu selama sebulan.. tapi bg aku, prsaan 2 x jejak pd hari raya ke-2 pon.. mungkin disebabkan faktor cuti yg begitu singkat+pressure nak exam+saudara mara yg m'bawa hala tuju msing2+duit raya skit(sgan nak mintak en.. haha)

Namun ada juga perbezaan utk syawal kali ini.. dlm keseronokan syawal, aku byk berfikir ttg hal2 yg lbih ke arah masa dpan (kononnya matang? x kot.. haha) melihatkan perangai manusia yg b'beza2.. budak2 yg sibuk mengira duit raya.. saudara2 yg gemar m'bawa hala tuju sdri.. pakcik-makcik kelihatan menikmati syawal namun pelbagai mslh yg d'fikirkan dlm masa yg sama.. adakah aku mampu menempuhi alam yg mereka sdg lalui? aku sendiri tidak tahu.. terasa begitu banyak lagi yg perlu dipelajari..

Terdapat juga manusia yg tidak m'ambil iktibar drpd ramadhan.. ada juga yg sanggup melakukan maksiat kepada Allah.. rumah sewa mmber aku dimasuki pencuri pada pagi td.. ada dalam beberapa buah laptop dan duit hilang.. kalau pencuri 2 org islam sdri, maka sdri jwb la kt akhirat nanti.. bagi sesiapa yg m'punyai barang2 panas seperti laptop, motor, dan lain2.. jaga la brg anda elok2 kerana manusia akhir zaman x boleh djangka (nasihat b'dasarkan pengalaman sendiri.. huhu)

Dikala keseronokan syawal.. janganlah kita tamatkan ibadah sunat kita.. jika mampu, lakukanlah puasa 6..

Slm..

Munzir@ruang tamu,taman tropika,kajang

Thursday, September 17, 2009

18th EntRy: Peluang

Slm..

Ramadhan bakal meninggalkan aku.. namun adakah aku pergunakan sebaik2nye peluang yg Allah S.W.T sediakan utk diri ini yg di belenggu najis dosa? Dia sahaja yg berhak menilainya..

Jikalau kita mendapat peluang utk mengecapi apa yg kita inginkan.. tetapi dalam situasi yang berbeza.. adakah kita akan garapi peluang itu habis2n walaupun ianya mengandungi unsur2 yg kurang soleh? Sebagai contoh, dalam pergaulan harian.. especially between boy and girl.. keinginan nafsu mmg tidak boleh di sangkal lagi.. lumrah manusia.. akan tetapi, bagaimana kita mengawalnya? adakah kita akan terus biarkan diri dihanyut begitu sahaja? masa inilah peranan iman dan akal fikiran amat penting dalam membendung masalah sedemikian drpd terus parah..

Kesempatan ini, aku@saya@ana ingin mengambil peluang ini utk memohon ampun maaf di atas kesalahan2 yg dilakukan secara sedar ataupun tidak sepanjang perkenalan saya bersama saudara@saudari..

Akhir kata,

Selamat Menyambut Eidul Fitri

Slm..

Munzir@ruang tamu,seksyen 8,bandar baru bangi